Gambar

Gambar kenangan bersama Wak Man (majlis khatam)



Majlis khatam Seni Silat Lintau pada 15 dan 16 oktober 2011 di Aping Barat, Kota tinggi. Seramai 11 orang peserta dan 8 orang pengiring yang terlibat dalam majlis tersebut.


persembahan silat di Kota Tinggi




 tempahan dodol sempena hari raya yang akan tiba tidak lama lagi..seramai 18 orang ahli terlibat dalam aktiviti mengacau dodol pada 19hb 2011 selama 7 jam.sebanyak 21.5kg dodol yang telah berjaya dihasilkan..

 kami  telah memenangi tempat ketiga dalam pertandingan tersebut..seramai 12 orang ahli yang terlibat..
gambar suasana malam pertandingan nasyid peringkat akhir di farm village baru- baru ini.
Salah satu aktiviti persatuan iaitu persembahan nasyid kotemporari dalam himpunan pppmm di kompleks belia dan sukan johor bahru.Ini merupakan wadah yang mendidik belia untuk lebih  berjati diri disamping untuk berdakwah.


 Persembahan nasyid dan lagu patriotisme di majlis pppmm yang bertempat di Kompleks Belia Dan Sukan, Johor Bahru..Sesi bergambar bersama-sama ayahanda rahman dan bonda setelah selesai majlis..




 Persembahan silat di majlis perkahwinan  di Bandar Baru Uda, johor.. seramai 11 pesilat dan 5  pengiring yang terlibat.







 Aktiviti perkhemahan yang dianjurkan oleh Persatuan Belia Teras Budi pada 3 feb 2011 yang bertempat di Gunung Berlumut.Seramai 18 orang peserta yang terlibat yang diketuai oleh En Zailan.


Antara aktiviti persatuan yang lain ialah penjanaan ekonomi melalui penjualan makanan dan minuman ringan seprti kerepek dan air plus(jus buah-buahan)...Gambar di atas ketika penjualan kami di Taman Cendana, Johor Bahru pada 4 mac 2011..Seramai 12 orang ahli yang terlibat untuk menjayakan program tersebut...



Salah satu aktiviti kemasyarakat (gotong-royong) yang disertai oleh 18 orang ahli di kampung bakar batu. selain gotong royong kami juga mengamalkan budaya tahlil dikalangan ahli-ahli mahupun masyarakat.



Latihat silat olahraga yang diadakan pada setiap hari hari bertempat di pejabat persatuan iaitu no10A Jalan Mawar 46,Taman Mawar, Pasir Gudang, Johor...Pada peringkat awal,seramai 10 oranga ahli yang terlibat dalam silat olahraga ini..Apa yang lebih membanggakan, 2 orang dr pserta silat ini telah berjaya membawa pulang pingat ketika mnyertai pertandingan anjuran PESAKA baru-baru ini..



Persembahan silat kami yang ke 7di sebuah majlis perkahwinan di Kota Tinggi...Seramai 12 orang pesilat yang terlibat dalam persembahan ini..Aktiviti silat merupakan salah satu aktiviti yang ditubuhkan dalam persatuan ini..Antara matlamat utamanya ialah untuk membina jati diri dan keyakinan dalam setiap diri ahli disamping dapat mempertahankan diri sekirannya terdesak atau berlaku sesuatu musibah seperti buli...


Suasana ketika berniaga yang bertempat di bukit layang-layang,pasir gudang,johor sempem=na festival layang-layang...Alhamdulillah,Keuntungan yang kami perolehi melalui aktiviti selama 2 hari tersebut hampir mencecah RM1000 lebih....