Wednesday, 4 May 2011


AKIDAH DIUTAMAKAN,
ISLAM DIMARTABATKAN .


SEJARAH PENUBUHAN KAMI 


BERMULA




Persatuan ini telah ditubuhkan pada tahun 2009 hasil usaha belia-belia dan  diketuai oleh En Zailan Sadarudin tetapi diberi pensijilan oleh pejabat belia Malaysia pada tahun 
berikutnya iaitu tahun 2010


Pengenalan


       Persatuan Belia Teras Budi (PPBM6349/10) adalah ditubuhkan di bawah Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335) di bawah bidang kuasa Kementerian Dalam Negeri Malaysia pada tahun 2010. Berperanan menjadi contoh kepada belia khususnya, dan masyarakat amnya di dalam pembentukan sahsiah dan keperibadian belia Islam. Menjadikan ‘Aqidah Islamiyah’ sebagai pegangan hidup, memelihara perpaduan dan mengeratkan ukhwah di kalangan ahli dan masyarakat. Bertepatan dengan motto persatuan; “Aqidah Diutamakan, Islam Dimartabatkan”. Menjadi wakil (proxy) kepada masyarakat di dalam usaha untuk memelihara dan memulihara golongan belia daripada sebarang gejala dan aktiviti yang tidak bermoral dengan menganjurkan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan.

Terdapat beberapa biro yang ditubuhkan di bawah seliaan Persatuan Belia Teras Budi seperti Belia Seni Bela Diri, Belia Kesenian & Kebudayaan, Belia Ekonomi & Perdagangan, dll. Sentiasa menerima pandangan dan komen yang membina di dalam usaha untuk mencapai objektif dan matlamat persatuan.

Persatuan Belia teras budi ini juga ditubuhkan bagi memenuhi tututan masyarakat yang meinginkan sebuah platform untuk belia-belia terutama belia islam untuk mencipta kreativiti bagi memacu kemajuan negara yang seimbang seiring waktu yang berputar mengikuti arus perdana yang pesat dan pantas.
                
Selain itu persatuan ini adalah jawapan bagi masyarakat global yang sering bermain tentang keruntuhan akhlak dikalangan belia-belia kini yang menjejaskan imej Negara. Ini kerana kemajuan Negara di ukur melalui gambaran sahsiah belia bagi mencapai kegemilangan dengan ketulusan.
                 

5 comments:

razman said...

ni persatuan apa erk...

PERSATUAN said...

persatuan pergerakan belia. kami jalankan dakwah.

PERSATUAN said...

Assalamualaikum.

Terima kasih kepada semua pengunjung yang sudi mengunjungi blog Persatuan kami. Di harap blog ini dapat memberikan sedikit sebanyak informasi berkenaan dengan perkembangan dan aktiviti Persatuan kami.

Segala cadangan,bimbingan dan komen dari pengunjung blog ini adalah sangat dialu-alukan.

PERSATUAN said...

Jika ada terdapat sebarang pertanyaan, boleh lah meninggalkan komen di sini atau terus menghubungi ahli jawatankuasa persatuan.

PERSATUAN said...

email kami